Kuasai bacaan Al-Qur'an yang lancar dan kemahiran bahasa Arab untuk komunikasi harian, bimbingan seorang demi seorang, di rumah anda sendiri.
Berpengalaman membimbing lebih 50 murid pelbagai peringkat selama lebih 16 tahun — daripada yang baru mengenal huruf Hijaiyyah, sehingga yang ingin memahirkan bacaan Al-Qur'an dan perbualan bahasa Arab harian.
Kelas privat atau berkumpulan, secara dalam talian atau bersemuka — susun atur mengikut kesesuaian jadual anda.
Saya sudah lama belajar bahasa Arab dengan Ustaz Hasanin. Kami pakai buku teks University Madinah. Saya dah sampai buku 3. Cara pembelajaran sangat teratur dan berpandukan bacaan Al-Qur'an. Alhamdulillah sekarang sudah faham asas bahasa Arab.
Saya dahulu tak pernah belajar membaca al-Qur'an dan rasa susah untuk fahami hukum tajwid. Alhamdulillah, sekarang saya lebih fasih membaca al-Qur'an. Ustaz Hasanin juga menerangkan maksud ayat yang saya baca dan menolong saya memahami al-Qur'an. Ustaz Hasanin sangat sabar dan berdedikasi dalam kelas. Saya dan adik saya, Owais dapat belajar banyak dari Ustaz Hasanin.
Saya mengaji dengan Ustaz Hasanin sejak umur saya empat tahun. Dari Iqra' 1 hingga ke al-Qur'an. Ustaz Hasanin juga mengajar hafalan, doa, dan surah-surah pendek. Ustaz juga memberi penerangan muka surat dan ayat-ayat yang saya baca agar saya lebih memahami dengan maksud ayat, dan peristiwa-peristiwa penting tentang nabi-nabi dan perintahan-perintahan Allah. Ustaz Hasanin juga sangat sporting dan bersabar semasa mengajar saya.
Saya mula mengaji dengan ustaz pada umur 8 tahun hingga 16 tahun dan dulu saya tak pandai baca al-Qur'an, sekarang dah lancar dan faham hukum tajwid alhamdulillah. Ustaz juga orang yang bersabar dan akan tolong anak muridnya sampai lancar dan fasih bila membaca al-Qur'an.
Saya dulu tak pandai membaca al-Qur'an, alhamdulillah sekarang dah lancar dan faham terjemahan ayat al-Qur'an dan juga hafal surah-surah yang panjang dengan mudah. Ustaz sangat menyabar dan memahami saya semasa belajar.
Saya dulu boleh baca dan dah khatam Qur'an, tapi isu bacaan tajwid, intonasi dan flow bacaan masih berkurang. Ustaz banyak membantu serta sabar dalam mengajar selama lebih 10 tahun.
Ya. Kelas disesuaikan mengikut tahap murid, bermula daripada pengenalan huruf sehingga kemahiran lanjutan dalam bacaan Al-Qur'an dan bahasa Arab.
Kedua-duanya ditawarkan. Kelas privat dijalankan secara Door to Door di rumah murid, manakala kelas berkumpulan dan dalam talian juga tersedia mengikut permintaan.
Setiap sesi mengambil masa 1 jam, dijadualkan 1 atau 2 kali seminggu mengikut kesesuaian murid.
Yuran adalah RM60 sejam/sesi (bukan per murid), untuk satu sesi kelas berkumpulan maksimum 5 orang murid.
Hubungi terus melalui WhatsApp atau emel untuk sesi konsultasi percuma dan penetapan jadual yang sesuai.
Hubungi Ustaz Hasanin bin Dalman Ali untuk konsultasi percuma dan penetapan jadual kelas.